2 Pemandu bas positif syabu


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menahan dua pemandu bas ekspres selepas dikesan positif dadah jenis methamphetamine dalam Ops Terminal di dua terminal di Johor, pada 31 Januari lalu dan hari ini.

Pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman berkata, kedua-dua suspek berusia 30 dan 32 tahun itu ditahan dalam operasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Suspek pertama berusia 30 tahun ditahan pada 31 Januari lalu di Terminal Bentayan di Muar oleh AADK selepas ujian saringan air kencing mendapati positif dadah methamphetamine.

“Seorang lagi pemandu bas ekpres yang akan bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ditahan di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral pada jam 11.20 pagi selepas positif dadah methamphetamine," katanya pada sidang media sempena Ops Khas Motosikal Sempena Tahun Baru Cina 2019, malam ini.

Ops khas secara bersepadu membabitkan 218 anggota dari beberapa agensi bertujuan mengurangkan kemalangan motosikal di jalan raya yang dilaksana secara serentak di seluruh Johor.

Beliau berkata dua pemandu bas itu berdepan tindakan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

Katanya, sekiranya terbukti kedua-duanya menagih dadah, lesen memandu boleh digantung atau dilucut hak mengikut Seksyen 36 APJ 1987.

Katanya, JPJ memandang serius berhubung pengambilan dadah dalam kalangan pemandu bas ekspres kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa lebih 40 penumpang.

Katanya, selain itu pihaknya juga mengesan sebuah bas persiaran yang beroperasi sebagai bas ekspres tanpa memiliki permit sah dan siasatan lanjut dilakukan JPJ membabitkan operasi jam 2.30 petang ini di Terminal Larkin.

Sementara itu katanya, seramai 100 pengguna kenderaan bakal berdepan tindakan selepas aksi mereka menggunakan laluan kecemasan dan memotong barisan dikesan penguat kuasa JPJ menggunakan kamera GoPro dalam operasi tiga hari bermula 29 Januari lalu.

“Semua kesalahan itu dikesan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), bahkan pemilik kenderaan akan dipanggil untuk temu siasat mengikut Seksyen 114 APJ 1987.

“Tindakan mengikut jenis kesalahan dan bagi kesalahan memotong barisan denda tidak kurang RM300 dan denda RM1,000 atau penjara tidak kurang tiga bulan sekiranya kes di bawa ke mahkamah,” 





Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...