Bakakuk 'makan tuan'


Image result for senapang buatan sendiri





PEKEBUN parah selepas senapang buatan sendiri jenis bakakuk yang ‘dicucinya’ meletup sehingga serpihan besi berukuran lima sentimeter menembusi perutnya.
Lelaki berusia 51 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Popot, Sikuati, Kudat oleh abangnya selepas terdengar letupan dari rumah mangsa yang terletak bersebelahan jam 8.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai sedang membersihkan senjata api jenis bakakuk di luar rumahnya dan berlaku letupan.
“Letupan itu menyebabkan lelaki terbabit parah selepas serpihan besi dari senapang bakakuk yang meletup itu menembusi perutnya.
“Abang mangsa yang terdengar letupan itu bergegas pergi ke rumah adiknya dan didapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri,” katanya hari ini.
Mohd Firdaus berkata, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Sikuati sebelum dipindahkan ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan terdapat serpihan besi berukuran lima sentimeter di perut mangsa menyebabkan dia terpaksa dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan serpihan itu.



sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...