Suhu amat sejuk -43 Illinois, Iowa, Minnesota, Michigan, Wisconsin, Indiana dan paling teruk di Chicago dan Illinois berikutan berangin.

Pengalaman berdepan cuaca sejuk melampau sehingga suhu turun -43 darjah Celsius pastinya tidak dapat dilupakan penuntut Universiti Iowa, Amerika Syarikat ini.

fenomena vorteks kutub iaitu cuaca sejuk melampau yang menyebabkan sebahagian warga AS ketakutan untuk keluar rumah.

“Dalam rumah pun kami pasang pemanas paling tinggi, kalau keluar memang bahaya..dalam masa lima minit sudah boleh kena frostbite.

sekarang cuaca sudah kembali normal, masa vorteks kutub sebelum ini, suhu jatuh sehingga -43 darjah Celsius di Iowa, antara tempat paling terkesan.

“Hari Ahad ini (hari ini) dijangka hujan dan suhu 10 darjah Celsius manakala Isnin (esok) dijangka turun -20 darjah Celsius, pertukaran memang ekstrem,” 

sebaik kerajaan mengumumkan darurat, pengurusan universiti menghantar semua e-mel memberitahu universiti ditutup dari pagi Selasa sehingga Khamis.

“Memang banyak aktiviti tergendala tetapi pensyarah ganti kelas secara dalam talian.

“Perkhidmatan bas pun kurang manakala universiti pun ada bagi makanan percuma untuk penuntut yang tinggal dalam kampus supaya mereka tidak perlu keluar beli makanan,” 

walaupun duduk dalam rumah mereka memakai baju dan seluar haba sepanjang masa.

sebahagian Amerika Barat sudah diberikan amaran kecemasan termasuk Illinois, Iowa, Minnesota, Michigan, Wisconsin, Indiana dan paling teruk di Chicago dan Illinois berikutan berangin.

“Polar vortex ini macam pengalaman sekali seumur hidup, selama ini suhu paling rendah yang kami pernah rasa pun -30 darjah Celsius tapi yang ini memang lain macam.

“Ada ramai juga yang meninggal terutama gelandangan. Memang kasihan, tetapi ada inisiatif daripada penduduk sekitar yang buat kutipan derma untuk tempatkan gelandangan di hotel,”



Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...