Milik siapakah ayam sabung???

SIMPAN ayam sabung dalam kotak. Itu taktik penyeludup yang mahu menyeludup haiwan terbabit ke Limbang, Sarawak, namun dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika pemeriksaan di feri penumpang, semalam.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, anggota PPM menjalankan pemeriksaan terhadap feri penumpang yang mahu berlepas dari Pelabuhan Labuan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, empat ayam yang diletakkan di dalam dua kotak dipercayai cuba dibawa keluar dari Labuan ke Limbang.

“Bagaimanapun, tiada penumpang yang menaiki feri itu mengaku atau mengetahui ayam itu milik siapa.

“PPM terpaksa merampas tiga ayam jantan dan satu ayam betina jenis sabung kerana kesalahan membawa haiwan atau ternakan tanpa lesen import dan eksport,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM28,000 dibawa ke Markas Operasi PPM Labuan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 53(1) Ordinan Haiwan Negeri Sabah 1962 dan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.





Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...