Kes denggi

SEBANYAK 15,790 kes denggi direkodkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga Ahad lalu dengan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menunjukkan 9,210 kes denggi dilaporkan di Selangor diikuti Johor (1,284), Kuala Lumpur (1,217), Pulau Pinang (1,177), Sabah (543) dan Perak (422).

Kes paling rendah adalah di Labuan dengan lapan kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Pada masa sama, 20 kematian akibat denggi direkodkan dalam tempoh 1 hingga 26 Januari lalu.

Pada 9 Januari lalu, media melaporkan kes denggi di Melaka meningkat 118 peratus atau 24 kes bagi tempoh minggu pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kementerian Kesihatan sebelum ini menyarankan masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan kaedah lain untuk mencegah berlakunya jangkitan demam denggi sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.

Antaranya termasuk menanam tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk di kawasan berhampiran perumahan seperti pokok bunga tahi ayam, serai wangi, pokok selasih dan lidah buaya.







Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...