Sejuk melampau -53

“SEBAIK sahaja mendapat info berhubung cuaca sejuk melampau bakal berlaku minggu lalu, saya dan tiga lagi rakan serumah segera ke pasar raya terdekat untuk membeli bekalan makanan.

“Ini kerana semua penduduk di kawasan Michigan dinasihatkan berada di rumah masing-masing dan premis perniagaan pula ditutup ekoran fenomena Polar Vortex yang melanda seluruh Midwest, Amerika Syarikat (AS) bermula Rabu lalu,” kata Muhammad Syafiq Shaharuddin, 22.

Pelajar tahun tiga, jurusan Psikologi itu adalah antara 80 penuntut Malaysia yang menuntut di Michigan State University (MSU), AS.

Michigan adalah antara kawasan yang terjejas akibat fenomena Polar Vortex atau turut dikenali sebagai pusaran kutub dengan suhu turun sehingga negatif puluhan darjah Celsius dan di seluruh Midwest, tiupan angin menjadikan suhu turun sehingga -53 Celsius.pihak universiti terpaksa membatalkan semua kelas selama dua hari.



Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...