DIBELI hanya RM300 dan RM500, itulah harga dua motosikal curi dimiliki warga asing yang dapat dikesan polis pada Op Lejang di Dungun, awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam sekatan jalan raya di Ladang Pinang Mas, seorang warga Thailand ditahan kerana memiliki motosikal Honda EX5 yang dipercayai dicuri.
Menurutnya, sebuah lagi motosikal Modenas Kriss yang dicuri pula dikesan apabila seorang warga Indonesia ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Paka.
motosikal Honda EX5 dilaporkan hilang pada 2011, manakala Modenas Kriss pula tahun lalu.
“Mereka mendakwa membeli motosikal itu dengan harga yang murah, masing-masing RM300 dan RM500 sahaja.
“Kedua-dua warga asing itu juga didapati tidak memiliki lesen memandu,”
“Warga Thailand itu juga akan didakwa mengikut Akta Imigresen 1963 kerana pasport tamat tempoh,”
Sumber metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan