Tran Thi Yen Nhung, 28, disahkan menghidap penyakit sinusitis tiga tahun lepas dan keadaannya bertambah teruk.
Keluarga Nhung tiada pilihan lain selain membenarkan dia dibedah kemudian.
Bagaimanapun, pembedahan itu yang memakan belanja 500 juta VNSD (RM 97,000) itu menyebabkan jangkitan semakin kronik dan hampir merebak ke seluruh mukanya.
Dalam masa tidak sampai setahun, muka Nhung seolah-olah seperti dimakan dan mula menarik perhatian lalat.
Pada 27 Disember tahun lepas, Nhung meninggal dunia – tiga tahun selepas dia mula mengidap penyakit tersebut.
Kini, keluarga Nhung menyebarkan foto-foto mengejutkan Nhung bagi memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya Sinusitis.
Makcik Nhung, Tran Van Hong berkata: “Melihat Nhung dalam kesakitan amat menyedihkan.
“Bagaimanapun dia seorang baik dan meminta ahli keluarga tidak lagi membelanjakan wang untuk perubatannya. Dia kata dia Ok dan meminta kami supaya tidak menangis.
Pakar sinus di New York, Dr. Wellington S berkata keadaan yang berlaku kepada Nhung berkemungkinan besar terjadi kerana kombinasi fungus di sinus dan rawatan perubatan yang serba kekurangan di negara membangun.
Tambah beliau lagi, penyakit itu berbeza-beza di bahagian-bahagian lain di dunia disebabkan beberapa faktor seperti ubat-ubatan, iklim, dan rawatan perubatan yang berbeza-beza.
Sumber dailystar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan