Dijemput Tuhan ketika buat pahala

LELAKI yang sedang membuat kerja amal memotong rumput meninggal dunia mendadak dipercayai akibat diserang sakit jantung di Kampung Keling, Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Mazlan Hashim, 40-an, sebelum itu bergotong royong bersama penduduk kampung bagi membersihkan jalan di kawasan berkenaan.
Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pok Teh mula bergotong royong bersama 10 penduduk lain bermula jam 8 pagi.
Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Awie, 30, berkata, mangsa sempat bergurau dengan rakan lain ketika sedang memotong rumput.
“Kami terkejut apabila secara tiba-tiba Pok Teh rebah dan tidak sedarkan diri pada jam 10 pagi.
“Kami membantu memapah Pok Teh dengan cuba memanggil namanya sebanyak beberapa kali tetapi dia tidak memberi tindak balas.
“Kami kemudian membuat panggilan kecemasan sebelum Pok Teh diberikan bantuan oleh Unit Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, kehilangan Mazlan amat dirasai penduduk kampung kerana beliau seorang yang baik dan sentiasa menyertai kerja amal.



sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...