Penyeludup motosikal ditumpasakan

CUBAAN lima lelaki menyeludup keluar empat motosikal curi ke Kalimantan Barat, Indonesia melalui ‘jalan tikus’ di kawasan sempadan berhampiran Kampung Stass, Bau semalam berjaya ditumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, semua lelaki dipercayai warga asing itu dilihat menunggang empat motosikal di kampung berkenaan sebelum menyusup keluar ke wilayah berjiran.

Sumber berkata, mereka menuju ke kawasan sempadan Sarawak - Kalimantan Barat sebelum kehadiran kumpulan itu disedari pegawai dan anggota ATM yang menjalankan operasi rondaan perbatasan.

anggota tentera yang menjalankan Ops Serkap mengarahkan suspek berhenti namun mereka terus melompat dari motosikal dan melarikan diri ke kawasan sempadan.

“Motosikal yang ditunggang suspek mahu diseludup menggunakan laluan tikus kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah.

“Terkejut dengan kehadiran anggota tentera, suspek akhirnya melarikan diri kerana bimbang ditahan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati motosikal yang ditinggalkan suspek tidak memiliki dokumen sah termasuk cukai jalan.

Dipercayai dicuri di negeri itu sebelum diseludup untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada individu tertentu di negara berkenaan.

“Anggota tentera juga menemui pemotong besi dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal berkenaan.

“Motosikal yang dirampas kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon mengesahkan penahanan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

hasil semakan mendapati dua daripada motosikal ditemui dilaporkan hilang sebelum ini.





Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...