Popia pisang sumber rezeki graduan kimia

KUALA NERUS: Dia sepatutnya menjadi ahli kimia namun memilih menjadi pengusaha popia pisang sehingga mampu menjual antara 800 hingga 1,000 gulung sehari.

Kini, Muhammad Hanif Mat Zin, 26, yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam mampu tersenyum bangga apabila perniagaan yang diusahakan sekadar suka-suka kini menjadi sumber pendapatannya.

Menurut Muhammad Hanif, dia menjalankan perniagaan popia pisang itu berikutan tiada pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya langsung tidak mempunyai asas masakan tetapi kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu, selain tidak suka menganggur saya cuba untuk berniaga.

“Pada mulanya, saya buntu memikirkan jenis perniagaan yang ingin dijalankan sebelum tercetus idea untuk berniaga popia pisang itu dan tidak sangka, idea kreatif menjual popia pisang dengan pelbagai jenis perasa itu mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Padang Polis, Batu Rakit di sini, semalam.

Beliau berkata, dia hanya menyasarkan jualan untuk penduduk kampung tetapi selepas dimuat naik ke laman Instagram (IG), ramai pelanggan dari luar termasuk dari Johor dan Kuala Lumpur turut datang ke kedainya.

“IG perniagaan saya juga kini sudah mempunyai sebanyak 15,000 pengikut dari seluruh negeri dan ia sesuatu yang positif.

“Bermula hanya berniaga di hadapan rumah selama setahun, saya sudah memiliki kedai sejak Mac 2017 dan pelanggan boleh menikmati popia itu di kedai,” katanya.

Menurutnya, dia mampu menjual antara 800 hingga 1,000 gulung popia sehari bergantung kepada keadaan semasa dan sebanyak 28 perisa ditawarkan dengan perisa kejutella iaitu perisa campuran keju dan nutella antara yang mendapat sambutan.

“Popia pisang dijual RM3 hingga RM6 untuk lima popia bergantung kepada jenis perisa,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Maziyah Talib, 63, berkata, dia tidak kisah jenis pekerjaan yang dijalankan asalkan ia halal dan menggembirakan anaknya.

“Jika diikutkan, kami sekeluarga memang ingin melihat anak menjadi ahli kimia sesuai dengan kelulusannya namun memandangkan peluang pekerjaan dalam bidang itu yang terhad di negeri ini, kami terpaksa akur dengan pilihan anak,” katanya.

Menurutnya, biar pun anak menjalankan perniagaan popia pisang namun sambutan yang diterima di luar jangkaan malah perniagaan itu juga membuka peluang pekerjaan untuk sanak saudara.

“Sebagai ibu, saya akan sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaannya dalam perniagaan itu,” 




Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...