Matahari Tldak Muncul Selama 65 Hari Di Utara Amerlka. Saintis Risau Jika Ini Satu Petanda


kawasan paling utara Amerika Syarikat (AS), Utqiagvik di Alaska yang kini bergelap selama 65 hari selepas malam kutub bermula 18 November lalu.


Utqiagvik hanya mengalami sinaran matahari selama 64 minit apabila matahari terbit pada jam 12.40 tengah hari sebelum terbenam semula pada jam 1.44 tengah hari (waktu tempatan).
Susulan itu, pekan berkenaan tidak lagi akan melihat matahari sehingga jam 1.04 petang pada 23 Januari tahun hadapan.


Pakar kaji cuaca CNN, Judson Jones berkata, malam kutub lazim merujuk kepada lokasi yang matahari tidak terbit selama lebih 24 jam.

“ Ia berlaku setiap tahun. Jika anda tinggal di atas Garisan Artik, memang akan ada hari apabila matahari terbenam sepanjang musim luruh.
Namun, ia juga akan berlaku untuk musim panas apabila matahari tidak terbenam selama berhari-hari.”

Pekan dengan 4,000 penduduk itu terletak 51 kilometer di atas Garisan Artik sebelum ini dikenali sebagai Barrow dan pernah menjadi lokasi filem seram 30 Days of Night yang menunjukkan kawasan itu dikuasai puntianak ketika malam kutub.

Suhu di Utqiagvik amat sejuk ketika malam kutub, iaitu kira-kira -20 hingga -23 Celsius ketika musim sejuk.

Pada waktu malam, cuaca lebih sejuk, iaitu hampir -30 Celsius ketika musim sejuk.
Walaupun mengalami malam kutub, ini tidak bermakna Utqiagvik akan gelap sepenuhnya.
Ia masih mengalami senja guruh yang memberikan sedikit pencahayaan indah selama tiga hingga enam jam sehari.


Agaknya bagaimanakah kehidupan kita andai malam berterusan seperti ini. Kita harus bersyukur tinggal di negara bertuah Malaysia yang memiliki iklim panas sejuk yang sekata.
Menerusi laporan CNN, kira-kira 4,000 orang di pekan tersebut kini mula bergelap selama 65 hari dan fenomena ini dikenali sebagai malam polar.
Menurut pakar meteorologi CNN, Judson Jones, malam polar adalah istilah biasa di tempat-tempat yang tidak mengalami matahari terbit selama lebih 24 jam.

” Ini berlaku setiap tahun. Sekiranya anda tinggal di atas Lingkaran Artik, akan ada hari di mana matahari terbenam sepanjang musim sejuk.
Berita baiknya, ia akan kembali dan pada masa musim panas ia tidak akan terbenam untuk beberapa hari,” 

Utara Alaska terletak di atas Lingkaran Artik, iaitu lingkaran latitud yang mengelilingi kawasan polar Arktik yang dingin.

Meskipun Utqiagvik bukan satu-satunya bandar Alaska yang mengalami fenomena ini,
namun ia merupakan yang pertama dalam senarai lokasi malam polar kerana berada paling jauh di utara.

Selama kira-kira satu hingga dua bulan, penduduk Kaktovik, Point Hope dan Anaktuvuk Pass juga akan bergelap tanpa matahari.

Menurut KTUU rangkaian gabungan CNN, matahari terbenam terakhir mereka akan berlaku antara akhir November dan awal Disember.

Matahari terbenam pada jam 1.43 petang Ahad di bandar Utqiagvik, ia akan menghilang selama 65 hari sebelum muncul semula pada 23 Januari 2019.
Apa kata anda komen dan kongsi


Sumber sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...