“INILAH ular sawa terpanjang pernah kami tangkap iaitu tujuh meter dan sudah menelan beberapa ekor ayam semalam,” kata Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib.
Mohd Shukri berkata, ular sawa batik itu ditemui jam 4 petang oleh penduduk Kampung Bukit Nyamuk, Titi Lubuk Ipoh, Kuala Nerang di dalam reban ayam.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan itu pada jam 4.27 petang, empat anggotanya diketuai Ketua Skuad, Leftenan Muda (PA) Nurul Nadya Yahya bergegas ke lokasi dan tiba di situ pada jam 4.50 petang untuk menangkap reptilia berkenaan.
“Setibanya di lokasi, ular itu masih berada dalam reban ayam dalam keadaan kekenyangan dan anggota kami mengambil masa 20 minit untuk menangkap ular sawa itu kerana ia agak agresif,” katanya hari ini.
Katanya, mungkin disebabkan faktor cuaca panas menyebabkan ular keluar mencari sumber makanan dan perlindungan.
“Ular sawa seberat 65 kilogram ini kemudian dibawa ke pejabat kami di APM Padang Terap untuk disimpan sementara waktu,”
Sumber metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan