Tiga beranak rentung


TIGA individu rentung selepas BMW X3 dinaiki terbabas dan terbakar di Kilometer 6.9 Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) dekat Serdang, petang semalam, dikenal pasti sebagai suami isteri dan anak mereka.
Suami isteri itu dikenal pasti sebagai Goh Soay Sing, 68, dan Saw Yeng Fui, 65, dan anak mereka, Goh Tian Hing, 44.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku apabila mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Anggerik Emas, Semenyih selepas menghantar seorang ahli keluarga di sebuah stesen pengangkutan awam di Balakong.

sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Tian Hing hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.
“Susulan kemalangan itu, Tian Hing dan ibunya, Yeng Fui yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan bapanya Soay Sing, di tempat duduk penumpang belakang rentung dalam kebakaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lokasi berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi melihat kemalangan berkenaan.
Katanya, keadaan cuaca baik dan kejadian berlaku di lebuh raya tiga lorong menghala arah Sungai Long.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”




Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...