Tidak cukup


Segamat: Kekurangan bekalan limau bali terutama jenis merah atau Lee Min P058 dan putih P051 menyebabkan pengeluarannya untuk dieksport ke negara jiran berkurangan daripada 10,000 kepada 300 metrik tan saja pada musim ini.

Pengerusi Koperasi Pekebun Jementah Wong Keat Soon, 56, berkata keadaan itu menyebabkan pekebun terpaksa mengehadkan pasarannya bagi memastikan warga tempatan membeli buah berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Kedua-dua jenis buah limau bali itu sangat digemari masyarakat Tionghua kerana buahnya amat berkualiti dan dihidangkan kepada tetamu serta keluarga sempena Tahun Baharu Cina.

“Tidak hairan buah dari Jementah ini menjadi buruan kerana ia antara jenis terbaik di negara ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jementah, semalam.

Wong berkata, lebih 20 petani mengusahakan tanaman kedua-dua jenis limau berkenaan dengan keluasannya membabitkan ratusan hektar.

“Permintaannya sentiasa tinggi terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Festival Kuih Bulan pada setiap September,” katanya.

Katanya, tahun ini jumlah eksport ke negara jiran hanya 300 metrik tan berbanding 10,000 metrik tan tahun lalu.

“Langkah mengurangkan eksport itu bagi mengimbangi kekurangan bekalan di pasaran tempatan dan mengehadkan jumlah buah berkenaan untuk pasaran luar,” katanya.

Katanya, pokok limau bali P058 dan P051 memerlukan keadaan cuaca panas terik serta konsisten ketika berputik.

“Bagaimanapun, hujan tidak menentu di sekitar Jementah menjejaskan kuantiti dan hasil pengeluarannya serta memerlukan tempoh enam bulan untuk matang. Faktor kekurangan bekalan menyebabkan petani terpaksa mengehadkan jualan kepada pelanggan beberapa biji saja selain harganya sedikit tinggi,”




Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...