Disimbah asid

KERETA milik wanita yang diletakkan di ruang parkir Kuarters Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands disimbah asid, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Uni berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 46 tahun berhubung kejadian itu semalam.

“Berdasarkan laporan dibuat mangsa, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh suaminya menerusi panggilan telefon jam 9.30 pagi semalam.

“Difahamkan suami mangsa menemui kereta Honda City miliknya dalam keadaan cat pada kenderaan itu sudah menggelupas akibat disimbah asid,” 

Yusuf berkata, ketika kejadian, mangsa berada di Kuala Berang, Terengganu dan wanita itu membuat laporan di negeri berkenaan berhubung kejadian terbabit.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,”

Kejadian itu menyebabkan cat pada bahagian depan, belakang dan bumbung kereta Honda City putih milik mangsa terbabit mengelupas akibat asid berkenaan.







Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...