Bawa senjata buku lima

LELAKI yang memiliki senjata buku lima antara 10 lelaki ditahan dalam Operasi Bersepadu di tiga lokasi di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran simpang empat Pusing, Batu Gajah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menahan lelaki berusia 20 tahun berkenaan yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Seri Pengkalan, Pusing sebelum menemui senjata itu di dalam bakul motosikalnya.

“Suspek mendakwa dia membawa buku lima berkenaan untuk melindungi dirinya namun Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah akan menyiasat lanjut tujuan suspek membawa barang berkenaan.

“Senjata berkenaan dirampas dan suspek ditahan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,

Operasi itu dijalankan di tiga lokasi iaitu di Kilometer 13 dan 15 Jalan Ipoh-Lumut serta Jalan Pusing-Batu Gajah bermula 10 malam dan berakhir pada 1 pagi.

Seramai 113 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak terbabit dalam operasi berkenaan.

Ahmad Adnan berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun kerana positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, seorang lelaki pula ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 selepas menemui daun ketum dalam milikannya manakala seorang pemandu teksi berusia 47 tahun ditahan kerana berada dibawah pengaruh alkohol.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut mengeluarkan 114 saman kepada pengguna jalan raya kerana melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Antara saman dikeluarkan itu adalah 48 saman membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan selain memasang nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, operasi berkenaan dijalankan di tiga lokasi itu berikutan laluan itu adalah kawasan panas sering berlakunya kemalangan maut.







Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...