Mati mengejut di tepi longkang

SEORANG lelaki ditemui mati tertiarap di tepi longkang kedai dekat Taman Bagan Serai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan penemuan itu pada 2.49 petang.

mangsa dikenali M Muthi, 49, berasal dari Kampung Keramat, Bagan Serai dan dikatakan sering berada di kawasan berkenaan sebelum ini.

“Mangsa disahkan maut dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya,” 

setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut.





Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...