TUJUH anggota polis pelancong ditahan selepas memeras ugut

gambar hiasan

TUJUH anggota polis pelancong ditahan selepas memeras ugut pengurus hotel di Lorong Argyll, Georgetown dua minggu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasagaran berkata, berikutan itu semua tujuh anggota polis pelancong berkenaan kini ditukarkan dari unit pelancong melakukan tugasan di balai.

“Setakat ini, kita menunggu kertas siasatan yang sedang dilengkapkan dan akan merujuk ke timbalan pendakwa raya.

“Buat sementara waktu ini, tujuh anggota terbabit tidak dibenarkan melakukan tugas luar sementara menunggu siasatan penuh dilakukan,” katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baru Cina 2019 hari ini.

Dalam kejadian jam 11 malam 25 Januari lalu, tujuh anggota polis pelancong terbabit menahan lelaki berusia 29 tahun dan melakukan pemeriksaan dalam telefon bimbitnya.

Mereka kemudian menemui video lucah dalam telefon bimbit lelaki yang bekerja sebagai pengurus hotel itu sebelum meminta dia memberikan wang jika tidak mahu ditahan.

Mangsa yang bimbang dicekup kemudian membayar RM2,000 dan dia membuat laporan polis selepas itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis pelancong terbabit.

Sementara itu, Narenasagaran berkata, 5,048 saman dikeluarkan sepanjang Op Selamat Tahun Baru Cina 2019 yang bermula 29 Januari lalu, dengan 3,168 daripadanya adalah berkaitan enam kesalahan utama penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Lima pemandu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol manakala enam kes direkodkan berkaitan tangkapan samseng jalanan.

“Sebanyak 808 kes dicatat membabitkan lima kematian, masing-masing empat penunggang motosikal dan sebuah basikal sepanjang enam hari operasi dijalankan,” 






Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...