DUA maut manakala enam cedera

DUA maut manakala enam cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 66 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Abdul Jamil Abdul Rahman, 51, yang menunggang Honda Wave Dash dan suri rumah, Sahripah Bachok, 62, penumpang belakang Proton Wira maut di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila kenderaan pacuan empat roda model Isuzu D-Max dari arah Kuantan ke Segamat dikatakan bergesel dengan Proton Iswara yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu Isuzu D-Max berkenaan berpusing dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Wira dan Honda Wave Dash.

“Proton Iswara yang bergesel dengan kenderaan pacuan empat roda itu juga turut berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Saga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Amran berkata, mangsa yang cedera ialah pemandu Isuzu D-Max, A Rajasaigaran, 59, mengalami kecederaan di kepala, pemandu Proton Wira, Muhammad Shuaib Ismail, 26, cedera di kepala dan lutut kanan serta penumpang hadapan Proton Wira, Restyiena Sakinah Mee Chui, 24, cedera di bahagian kepala.

Selain itu, penumpang belakang Proton Wira, Afif Haffaz Mohammad Wahiddin, 18, cedera pada kaki kanan dan Aqyas Fawwaz Mohamad, 13, juga penumpang belakang Proton Wira cedera pada kepala dan patah jari tangan kanan.

Beliau berkata, lima mangsa terbabit kini dirawat di Hospital Pekan sementara seorang kanak-kanak, Muhammad Khairul Thaqif Muhammad Shuaib berusia dua tahun parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak lelaki itu sedang berada di pangkuan Restyiena Sakinah yang duduk di bahagian penumpang hadapan Proton Wira,” katanya.

Amran berkata, tiga lagi mangsa, Rosmi Dollah, 64, juga pemandu Proton Iswara, penumpang hadapan Proton Iswara, Nik Suhainiah Nik Muhammad, 58, dan pemandu Proton Saga Mohd Huzaidi Muhamad Alwi, 30, tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan sedang dinaik taraf dan ketika kejadian cuaca cerah serta baik.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke bahagian forensik Hospital Pekan untuk bedah siasat.

“Polis kini sedang mengambil keterangan semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu dan mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” 








Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...