Padah ugut bunuh bekas tunang

BERANG bekas tunangnya memutuskan hubungan mereka sejak Julai lalu menyebabkan lelaki itu tergamak menghubungi wanita terbabit dan mengugut ingin membunuhnya minggu lalu.

Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 25 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan polis di tepi jalan di Taman Anggerik, Jalan Junjong, Kulim jam 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa berusia 25 tahun itu bertindak menghubungi mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Kampung Air Merah, Kulim pada 30 Januari lalu jam 8.35 malam.

Menurutnya, suspek mengugut ingin membunuh bekas tunangnya dan keluarga mangsa kerana tidak berpuas hati wanita itu memutuskan hubungan mereka sejak Julai tahun lalu.

“Suspek juga mendakwa dirinya adalah anggota kongsi gelap dan boleh melakukan sesuatu ke atasnya.

“Mangsa yang bimbang dengan ugutan suspek kemudian membuat laporan polis,” katanya hari ini.

Ahmad Nasir berkata, siasatan awal mendapati mangsa memutuskan hubungan itu kerana suspek sering mabuk dan kaki pukul menyebabkan ahli keluarganya meminta mangsa memutuskan hubungan itu.

“Susulan itu, polis mengesan suspek sebelum menahannya pagi ini dan merampas satu telefon bimbit bagi membantu siasatan.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” 







Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...