Stress kahwin

SEORANG pemilik bar mengamuk dengan memecahkan kedainya dan tandas awam di bandar Hangzhou di wilayah Zhejiang, China kerana mengalami tekanan perasaan selepas dipaksa berkahwin oleh keluarganya.

South China Morning Post melaporkan lelaki berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Liu ditahan pada Rabu lalu kerana merosakkan harta benda awam di beberapa lokasi di bandar itu.

Polis yang tiba di sebuah tandas awam menemui Liu terbaring dengan penumbuknya berdarah dan pintu di premis itu juga rosak.

Akhbar Dushi Kuaibao melaporkan, Liu ditahan dan didenda 10,000 yuan (RM6,063).

Liu yang mempunyai sebuah bar di daerah Pengbu dilaporkan tertekan kerana perniagaannya yang dibuka enam bulan lalu tidak berjalan lancar.

Lelaki itu juga tertekan untuk mencari pasangan hidup dan sering dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya.

Liu antara jutaan lelaki di China yang bergelut mencari pasangan ekoran dasar satu anak yang diamalkan negara itu selama berpuluh tahun lalu menyebabkan ibu bapa lebih memilih untuk mendapatkan anak lelaki.

Pada 2017, Bank Dunia melaporkan terdapat lebih 42 juta lelaki berbanding perempuan, sekali gus sukar untuk mencari isteri.

Kos perkahwinan yang tinggi juga menyukarkan lelaki berpendapatan rendah untuk berkahwin.

Tekanan lelaki atau wanita bujang semakin meningkat menjelang Tahun Baru Cina apabila seluruh keluarga besar berkumpul dan ibu bapa berdepan soalan memalukan mengenai anak mereka yang tidak berkahwin.

Kisah Liu itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial Weibo di China yang kebanyakannya memberikan sokongan moral kepada lelaki itu.

“Ibu bapa saya turut membuatkan saya gila. Saya baru berusia 24 tahun tetapi mereka mengaturkan pertemuan dengan lelaki lain hampir setiap hari,” kata seorang pengguna Weibo.

“Ibu bapa memaksa kamu berkahwin cepat dan akhirnya anda berkahwin dengan orang yang salah. Apabila anda bercerai, anda juga akan dipersalahkan,”




Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...