8 Kesilapan Besar Yang Kerap Dilakukan Di Dalam Bilik Air Yang Ramai Tak Sedar

1- KENAPA TAK TUTUP PENUTUP MANGKUK TANDAS?

Sebenarnya, ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. 60% responden tidak menutup mangkuk tandas mereka ketika mengepam (flush). Tabiat ini menyebabkan partikel air dari proses flush tadi akan terpercik keluar dari mangukuk dan mungkin terkena pada bahagian-bahagian lain di dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Menurut kajian dari Dr. Charles Gerba, bakteria yang terbebas boleh berada diudara agak lama sebelum menjumpai habitat yang sesuai. Oleh itu, jika anda seorang yang mementingkan kebersihan, pastikan menjadikan ia sebagai amalan.

2- BAHAYA MENYIMPAN BERUS GIGI DI DALAM TEMPAT BERTUTUP

Mungkin anda rasa kaedah ini dapat menghindari berus gigi yang digunakan dari tercemar dengan bakteria. Hakikatnya, apabila berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus di dalam bekas bertutup ia lebih menggalakkan pembiakkan bakteria. Ini disebabkan, kondisi berus yang masih lembap ketika disimpan tidak dapat kering sepenuhnya dan menjadi habitat terbaik pembiakkan bakteria.

3- JANGAN SIMPAN BARANG MAKE-UP DI DALAM BILIK AIR

Memang memudahkan anda bersolek jika barang make-up disimpan di dalam bilik air. Sebab itu, ada yang mengambil keputusan menyediakan bekas simpanan barang make-up di dalam bilik air. Sebenarnya, barang make-up anda tak kiralah lipstick atau berus tak sesuai disimpan di dalam bilik air. Kondisi bilik air yang lembap akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada barang make-up anda walaupun disimpan di dalam bekas yang bertutup. Hal ini juga akan menyebabkan barang make-up cepat rosak.

4- TUKAR LUFFA ATAU BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU

Selagi tak lunyai, berus atau penyental badan akan digunakan. Silap tu, lagi kerap anda menggunkannya, lebih kerap ia perlu diganti. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat sempurnan bagi bakteria.

5- SIDAI TUALA, BUKAN SANGKUT

“Good rule of thumb” tuala perlu dicuci atau ganti setiap lepas 3 kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas digunakan. Tapi, jika anda sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakkan bakteria. Sebab tu, tuala mudah bertahi lalat.

6- TAK ADA PENGUDARAAN

Jika bilik air anda dilengkapi dengan sistem pengudaraan tak kialah jenis kipas, tingkap atau sebagainya, pastikan ia sentiasa dibuka ketika anda menggunkannya dan 15-20 minit selepas. Ia bagi memberi peluang untuk mengurangkan kadar kelembapan di dalam bilik air dengan kadar segera.

7- TAK PERNAH CUCI SHOWER CURTAIN

Ini lagi satu masalah yang ramai abaikan. Ada yang dah bertahi lalat jadinya. Sebaiknya, shower curtain perlu dicuci setiap bulan. Kalau malas sangat, cari je shower curtain jenis mudah dicuci menggunkan mesin basuh.

8- BAKTERIA MUDAH MEMBIAK DI TELEFON BIMBIT

Mesti ramai buat tabiat membawa HP ke dalam bilik termenung kan? Sedar tak ia mudah menjadi tempat pencemaran bakteria. Walaupun anda mencucui tangan usia membuang, ada tak HP tersebut di cuci.????


Sumber: https://www.goodhousekeeping.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...