Pulangan lumayan ternak rusa

BERMULA sekadar hobi masa lapang, seorang pesara tidak menyangka menternak rusa sejak tujuh tahun lalu memberi pulangan hasil lumayan berikutan permintaan daging haiwan itu yang tinggi walaupun harganya mahal.

Mohd Zaid Zakaria, 56, menternak rusa di kawasan seluas 0.4 hektar dengan menyediakan tiga kandang yang boleh memuatkan 14 ekor.

Dia mengakui menternak rusa itu lebih mudah berbanding haiwan lain termasuk kosnya juga murah dan tidak membebankan.

“Keputusan menternak rusa sebagai hobi masa lapang adalah tepat apabila ternakan yang diusahakan sejak 2013 kini memberi pulangan hasil lumayan.

“Saya tidak mahu menjadikan usia emas sebagai alasan untuk berehat dan duduk diam di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Sam, Gua Musang, hari ini.

Mohd Zaid berkata, dia menceburi bidang penternakan rusa kerana jarang dilakukan orang lain dan menguntungkan.

“Permulaan saya mengeluarkan modal RM13,500 untuk membeli lima rusa berkualiti jenis timor rensis dari seorang penternak di Sungai Jin, Kuantan, Pahang.

“Rusa berkenaan cepat membiak dan setakat ini saya sudah menjual enam rusa yang diternak dengan harga antara RM2,000 hingga RM6,000 seekor,” 

Baki lapan rusa lagi akan cepat membiak kerana lima daripada ibu rusa bakal melahirkan anak bagi menambahkan semula ternakan itu.

“Selain dapat jual rusa hidup, saya juga jual daging haiwan berkenaan dengan harga RM45 sekilogram. Rusa spesies ini senang dijaga kerana tidak mudah diserang penyakit seperti haiwan lain termasuk lembu dan kambing,” 





Sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...