MISI kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (MAPIM) di Syria akan diteruskan bulan hadapan dengan penyerahan
bantuan dalam skala lebih besar.
Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery
berkata, pihaknya akan memasuki Idlib, Azar dan Hama di Syria untuk misi fasa
kedua yang dijangka mengambil masa lebih seminggu.
“Antara bantuan akan diberi ialah bekalan makanan dan alat
pemanas...kami juga akan dirikan khemah untuk rakyat Syria yang memerlukan
tempat tinggal,” katanya hari ini.
Beliau berkata, dalam misi fasa satu selama seminggu di 11
khemah pelarian di Lubnan bulan ini, hampir 2,500 pelarian Syria di Aarsal,
Qaraoun dan Tanayel di wilayah Beqaa menerima bantuan kemanusiaan daripada
rakyat Malaysia melalui MAPIM.
Beliau berkata, bantuan kemanusiaan ke Lubnan akan
diteruskan kerana bantuan yang diterima pelarian di sana masih tidak mencukupi.
“Tarikh dan masa yang sesuai akan diumum selepas koordinasi
bersama kerajaan Turki selesai.
“Namun, jika dana yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui
www.tabungsyria.com mencukupi, maka ia (dana) perlu dihantar ke Lubnan segera,”
katanya.
Musim sejuk ekstrem yang melanda beberapa kawasan di Lubnan
menyukarkan kegiatan harian pelarian di wilayah itu.
sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan