Dadah dalam kontena?


Image result for dadah

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki berusia 40-an dan merampas sejumlah dadah dalam kontena di Dermaga Air, Bagan Dalam, Butterworth, hari ini.
Serbuan jam 6 petang, kastam merampas 300 kotak di dalam kontena berkenaan selepas ia dipercayai mengandungi dadah.
Sumber berkata, kontena milik sebuah syarikat tempatan itu baru tiba di dermaga terbabit sebelum dibuka lelaki yang ditahan berkenaan.
“Dia ditahan kastam sebaik membuka kontena itu sebelum pihak berkuasa memeriksa isi kontena.
“Kastam juga menggunakan alat pengimbas khas dalam operasi berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kastam negeri, Datuk Saidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan.
Beliau berkata, barang di dalam kontena yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat itu tidak diisytihar dengan betul.
“Jenis dadah juga belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan,” katanya.
Ketika meninjau kawasan Dermaga Air, Bagan Dalam, NSTP dimaklumkan pihak berkuasa dermaga bahawa kastam sudah membawa keluar kesemua barang rampasan ke pejabat mereka di Prai menggunakan sebuah lori.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...