Lemas bantu rakan

NIAT murni remaja lelaki menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika bersama-sama menjala ikan berakhir tragedi apabila remaja itu pula lemas selepas berjaya menyelamatkan rakannya di Sungai Kampung Umpul, Kota Belud, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Lokman, 17, yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kota Belud.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Juaslinah, 30, berkata, pada awalnya mangsa dan rakannya, masing-masing berusia 18 tahun, menjala ikan di sungai berhampiran.
Katanya, ketika air mula pasang, rakan mangsa menjerit dan hampir lemas sebelum diselamatkan mangsa.
“Menurut rakannya, mangsa (Lokman) menyelamatkannya daripada lemas dan sebaik ingin berehat di darat, mangsa kemudiannya tiba-tiba hilang di belakangnya dipercayai ‘tenggelam’.
“Mangsa sukar ditemui berikutan keadaan air yang dikelilingi pokok bakau menjadi keruh dan berlumpur sebelum rakannya bergegas memaklumkan penduduk kampung,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.12 pagi dengan dua anggota bersama kenderaan utiliti serta bot penyelamat dihantar ke lokasi.
“Operasi dibantu tiga anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB), tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan penduduk kampung.
“Mangsa berjaya ditemui penduduk tidak lama kemudian, namun dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pihak polis menghantarnya ke Hospital Kota Belud,” katanya.
Menurut Rozlan, pihaknya menerima maklumat dari pihak hospital dan polis yang mengesahkan kematian mangsa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...