Lelaki miliki senapang angin ditahan



LELAKI berusia 33 tahun ditahan polis selepas memiliki senapang angin buatan sendiri bersama 70 biji guli di sebuah pondok kayu di Kampung Kubang Lintah, Mukim Padang Perahu, Jitra, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek ditahan jam 12.30 tengah hari dalam satu operasi khas selepas menerima maklumat.
Menurutnya, pemeriksaan di dalam pondok itu menemui selaras senapang angin buatan sendiri bersama 70 biji guli dan sebotol pewangi yang dimasukkan minyak tanah untuk digunakan sebagai gas.
“Hasil soal siasat suspek mengaku menggunakan senapang itu untuk menghalau kera.
“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1971,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Ismail berkata, siasatan juga mendapati suspek dikehendaki bagi membantu siasatan menceroboh sebuah rumah di Kampung Kubang Lintah, Mukim Padang Perahu pada 17 Januari lalu.
“Mangsa menyedari rumahnya diceroboh apabila terdapat kesan cungkil di tingkap bilik stor dan bilik rehat selain wayar penghawa dingin di luar rumah dicabut.
“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki menceroboh kediamannya jam 3.09 pagi.
“Suspek juga mengaku menceroboh untuk mencari barang yang boleh dijual,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...