Cari pasal



PADAH membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita, dua lelaki warga China ditahan polis selepas mangsa membuat laporan.
Kedua-dua lelaki berkenaan yang dalam perjalanan dari Kemboja ke China dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ditahan kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu.
Sumber berkata, dalam kejadian Selasa lalu, mangsa mula diganggu dua suspek ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja.
Katanya, suspek sekali lagi mengganggu mangsa sebaik terserempak dengannya ketika berada di klia2.
“Dalam laporan dibuat wanita itu, mangsa mendakwa dua lelaki berkenaan mengekorinya dan dengan sengaja berbual perkataan berbaur lucah selain beberapa kali menyentuhnya ketika di Phnom Penh.
“Suspek kemudian mengulangi perbuatan yang sama ketika tiba di klia2,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut sumber berkenaan, kerana tidak tahan diganggu dan merasakan suspek cuba mengaibkan kehormatannya, mangsa melaporkan perbuatan berkenaan kepada pegawai Imigresen yang bertugas.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis KLIA atas nasihat pegawai imigresen berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah mengesahkan kedua-dua suspek yang berusia 27 tahun kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengganggu dengan mendatangkan aib.
“Kedua-duanya lelaki warga China itu ditahan di sekitar klia2 pada hari sama laporan dibuat wanita berkenaan.
“Mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes kerana sengaja mengganggu bagi mendatangkan aib,” katanya ketika dihubungi hari ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...