'Meronda' sambil berbogel

GELAGAT lelaki berbogel menunggang motosikal dari Batu Pahat sehingga ke Kluang iaitu kira-kira 50 kilometer, tular di media sosial hari ini.
Kelakuan tidak senonoh lelaki dianggarkan berusia 30-an itu dirakam pengguna jalan raya dalam keadaan tanpa seurat benang dan hanya memakai topi keledar serta selipar sambil ‘meronda’ bandar sehingga ke Kluang dengan menunggang motosikal.
Gambar lelaki itu turut dirakam dan tular serta dimuat naik di FB selain mendapat ratusan komen selain dikongsi.
Beberapa pengguna jalan raya yang terkejut dengan kelakuan lelaki itu mendakwa sudah mendekatinya serta menegur tindakannya berbogel malah menasihatkannya segera pulang dan memakai pakaian.
Namun pengguna jalan raya mendakwa lelaki itu hanya tersenyum dan melambai-lambai tangan ke arah mereka semula tanpa rasa bersalah.
Pengguna jalan raya juga menyatakan lelaki itu tiba di Kluang dalam keadaan tanpa seurat benang dan beberapa kenderaan turut membunyikan hon kepadanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, polis sedang mengesan lelaki terbabit selepas menerima makluman awam.
“Kejadian berlaku jam 4.15 petang tadi, dan polis masih mengesan lelaki ini kerana mengikut maklumat awam dia menghala ke arah Ayer Hitam.
“Lelaki itu sudah tiba di Sri Lalang tadi, namun dia berpatah balik ke arah Ayer Hitam apabila ternampak anggota polis mengawal lalu lintas di kawasan itu,” katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...