LOS ANGELES 5 Jan.- Bintang sensasi, Britney Spears mengumumkan bakal berehat daripada sebarang aktiviti seni untuk menjaga bapanya yang dilaporkan berdepan masalah kesihatan.
Menerusi perkongsian dalam Twitternya, Britney, 37, menyifatkan keputusan itu sukar diambil memandangkan sudah merancang untuk membuat persembahan di Las Vegas.
“Saya tidak akan beraksi dalam persembahan terbaru saya, Domination.
“Saya amat menantikan persembahan ini dan ingin bertemu anda semua, keputusan yang diambil amat menyedihkan bagi saya,” tulisnya
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan