Polis dah rakam keterangan Musa Safri



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam kenyataan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Razak, Deputi Superintendan Musa Safri bagi membantu siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, enggan mengulas lanjut mengenai kes berbangkit.
“Ya, ya (ketika ditanya jika PDRM sudah ambil keterangan bekas pembantu bekas Perdana Menteri itu) ,” katanya ringkas pada sidang media selepas melancarkan Program Ronda Cegah Jenayah di Berjaya Times Square, di Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini, PDRM dilaporkan akan meneliti cadangan menubuhkan sebuah jawatankuasa baharu bagi memantau siasatan kes pembunuhan model Mongolia itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, saksi terbabit kes itu termasuk Musa akan dipanggil semula jika ada keperluan.
Pada 20 Jun lalu, bapa model Mongolia itu, Dr Setev Shaariibuu membuat laporan polis supaya kes pembunuhan anaknya dibuka semula.
Berikutan itu, kerajaan setuju supaya kes berkenaan dibuka semula dan polis sudah mengambil keterangan Dr Setev.
Dr Setev turut meminta polis supaya memanggil Musa kerana lelaki itu saksi yang sangat penting dan sesuatu yang perlu dipertimbangkan semasa pendakwaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...