VIRGINIA 19 Jan. – Satu sistem satelit yang bakal beroperasi
tidak lama lagi dijangka mampu mengesan semua kedudukan pesawat pada masa akan
datang.
Rangkaian yang baru digunakan itu membolehkan semua pesawat
dapat dijejaki dalam masa nyata oleh pengawal trafik udara sepanjang masa.
Portal Daily Mail melaporkan, sistem tersebut dapat
mengakhiri misteri penerbangan tragis seperti yang berlaku kepada pesawat
Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang hilang pada Mac 2014.
Projek terbaru dikenali sebagai Iridium NEXT, melancarkan 10
satelit terakhirnya ke angkasa lepas pada Jumaat lalu menggunakan roket Space X
Falcon 9.
Sebanyak 75 satelit kini mengorbit sekitar Bumi dan boleh
menjejaki semua pesawat dalam masa sebenar menjelang tahun depan.
Sistem itu akan memberi pengawal trafik udara dan
penerbangan masa nyata pesawat untuk kali pertama.
Syarikat Iridium menyifatkan rangkaian itu sebagai
‘satu-satunya rangkaian komunikasi dengan liputan meluas ke seluruh dunia’.
Pada masa ini, pesawat dikesan oleh radar melalui sistem
kawalan lalu lintas udara yang bergantung kepada transmisi daripada kotak hitam
di kokpit yang dihantar setiap 10 hingga 15 minit.
Dalam kes pesawat MH370, kotak hitam tidak ditemukan,
sebahagiannya kerana tiada yang pasti di mana pesawat itu ‘terhempas’.
Ketua Pegawai Eksekutif Iridium, Matt Desch berkata, dengan
sistem itu, setiap pesawat dapat dikesan oleh pengawal trafik udara.
“Jadi tidak kira apa yang berlaku, mereka akan dapat
mengesannya dalam tempoh beberapa saat,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan