Polis serbu firma guaman Goldman Sachs



FIRMA guaman Rahmat Lim & Partners yang mewakili syarikat perbankan Goldman Sachs yang terbabit dalam penerbitan bon 1MDB pada 2012 dan 2013 berjumlah AS$6.5 bilion (RM26.91 bilion) diserbu polis hari ini.
Serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira- kira 10 pagi tadi dipercayai untuk mengesan dokumen berkaitan bagi melengkap siatan 1MDB.
Menurut sumber, serbuan itu dibuat susulan keengganan firma itu untuk memberikan kerjasama dengan polis.
Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan.
Katanya, ia adalah tindakan susulan terhadap siasatan skandal 1MDB.
"Pagi tadi sepasukan pegawai dan anggota JSJK Bukit Aman menyerbu firma itu bagi mencari bukti siasatan dijalankan JSJK terhadap skandal 1MDB.
"Dalam serbuan itu, tiada tangkapan dibuat," katanya ringkas namun enggan mengulas lanjut mengenai hasil serbuan berkenaan.
Bagaimanapun, Harian Metro difahamkan, dalam serbuan itu, beberapa dokumen berkaitan dipercayai mempunyai bukti diperlukan polis berjaya diperoleh dan dirampas.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau masih belum dimaklumkan mengenai serbuan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan terhadap skandal 1MDB masih dijalankan secara berterusan dan tidak ada masalah jika ia dilakukan atas arahan mahkamah.
"Kertas siastaan 1MDB dijangka dapat dilengkapkan pada Mac ini dan sepanjang tempoh itu juga siasatan dijalankan secara berterusan.
"Jadi, sepanjang tempoh sehingga kertas siasatan itu lengkap, polis akan terus berusaha mencari bukti diperlukan termasuk jika ia memerlukan proses serbuan," katanya dalam sidang media ketika menghadiri program Ronda Cegah Jenayah membabitkan pelatih PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...