Rugi lebih RM6 juta kabel dicuri



RAPID Rail Sdn Bhd mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel sejak Transit Aliran Massa (MRT) mula beroperasi pada 2016.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairani Mohamad berkata, malah kes kecurian itu berlaku semasa MRT dalam tempoh pembinaan lagi.
Sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan kawalan tahap keselamatan di sepanjang 51 kilometer (km) jajaran laluan Sungai Buloh-Kajang bagi mencegah kejadian itu,
Beliau berkata, pihaknya antara lain akan memasang pagar penghadang dan penutup kabel pada tiang jejambat bagi mengelakkan kecurian kabel.
“Tahun lalu sahaja terdapat lapan kes dilaporkan berhubung kes kecurian kabel MRT,” katanya pada sidang media di depot MRT Sungai Buloh, hari ini.
Sehubungan itu, Khairani berkata, rakan cop MRT akan ditubuhkan bagi membolehkan masyarakat turut membantu dalam hal berkenaan.
Semalam, seorang lelaki ditahan kerana disyaki cuba mencuri kabel di satu lokasi antara stesen Pusat Bandar Damansara serta Phileo Damansara dan perbuatan itu mengakibatkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...