17 murid keracunan makanan



SERAMAI 17 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Manjoi 2, Ipoh, mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan di kantin sekolah itu, hari ini.
Difahamkan, semua murid Tahun Empat, Lima dan Enam itu mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan nasi goreng ketika waktu rehat di kantin sekolah, 10 pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, Jabatan Pendidikan negeri menerima maklumat kejadian itu dan hasil pemeriksaan mendapati 17 murid sekolah berkenaan keracunan makanan.
“Semua murid yang mengalami masalah itu dihantar ke Klinik Kesihatan Manjoi dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan semua mangsa tidak begitu serius.
“Murid yang mengalami keracunan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, Jabatan Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri masih menyiasat perkara itu dan akan memaklumkan perkembangan kes dari semasa ke semasa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...