Anggota Maritim maut kemalangan



ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh kereta di Jalan Lencongan Barat dekat Sungai Jagung, Sungai Petani hari ini.
Kejadian 7.30 pagi itu, menyebabkan mangsa, Wan Ahmad Zaki Wan Teh, 45, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki ER6 maut di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari arah Taman Nilam menghala ke Sungai Layar melanggar kereta jenis Proton Pesona yang pada ketika itu sedang membuat pusingan U.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U.
“Akibat jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek lalu melanggar kenderaan terbabit di bahagian tepi belakang di sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Adzli berkata, mangsa maut serta merta di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...