ajal sudah tiba



LELAKI dipercayai warga Singapura maut, manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Terowong Menora Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Ipoh, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian itu, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima maklumat kejadian, jam 5.18 pagi.
“Anggota yang tiba di lokasi mendapati seorang lelaki dan wanita warga Singapura dipercayai terbabit dalam kemalangan.


“Lelaki dewasa berkenaan maut di tempat kejadian dan kematian disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.
“Mangsa wanita bagaimanapun hanya cedera ringan,” katanya.Menurutnya, pihak bomba membantu mengangkat mayat lelaki berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...