sains& teknologi Pelajar cipta satelit paling ringan di dunia


NEW DELHI 25 Jan. - India mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta satelit dipercayai paling ringan di dunia untuk dilancarkan ke orbit.

BBC melaporkan, memiliki berat 1.26 kilogram (kg), satelit dinamakan Kalamsat-V2 itu dihasilkan sekumpulan pelajar di Space Kidz India, sebuah firma pendidikan angkasa lepas terletak di Chennai.

Ketua Eksekutif firma tersebut, Srimathy Kesan membe­ritahu NDTV, satelit itu mengambil masa selama tujuh hari untuk disiapkan dan menelan kos sebanyak 1.2 juta rupee (RM69,785).

Satelit itu dilancarkan oleh Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas India (Isro) bertempat di pusat angkasa lepas Sriharikota, dekat sini.

Kalamsat-V2 berfungsi sebagai satelit yang menerima dan memancarkan gelombang kepada pengendali radio amatur.

Kumpulan pelajar yang sama pernah mencipta satelit lebih ringan pada 2017.

Namun satelit itu tidak berjaya masuk ke orbit sepenuh­nya.

Setakat ini, sebanyak sembilan satelit yang dihasilkan pelajar dari India telah dilancarkan ke angkasa lepas




sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...