Bayi dalam kandungan pergi bersama...



ALLAHYARHAM Eziani Abu Bakar, 34, yang maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Serkam, semalam, dijangka melahirkan anak ketiganya, Mac depan.
Bagaimanapun, bayi perempuan berkenaan disahkan turut meninggal dunia bersama ibu dan bapanya Mohd Fairuz Haron, dalam kemalangan menyayat hati itu.
Bagaimanapun, dua anak mangsa Nurul Fatiha Adelia, 7, kini kritikal akibat kecederaan dalaman dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM), manakala Muhammad Amirul Asyraf, 3, berada dalam keadaan stabil.
Menurut keluarga terdekat mangsa, usia kandungan arwah Eziani yang juga kakitangan HM sudah mencecah tujuh bulan.
Katanya, dia dimaklumkan arwah dijangka akan melahirkan bayi perempuannya sekitar Mac depan.
“Bagaimanapun, bayi berkenaan yang cukup sifatnya dianggarkan berat kira-kira 2.7 kilogram itu turut disahkan meninggal.
“Bayi itu dikeluarkan dan akan dikebumi bersama ibu dan ayahnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di dalam kandungan.
“Dia dikeluarkan daripada kandungan semasa proses bedah siasat,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...