Kempunan beli telefon pintar



HASRAT seorang wanita memiliki telefon pintar jenis Xiaomi Pocophone F1 tidak kesampaian sehingga mengalami kerugian RM1,224 selepas ditipu lelaki dalam urusan jual beli telefon berkenaan, kelmarin.
Mangsa yang berusia 27 dari Bandar Pusat Jengka, Maran, pada mulanya berminat untuk membeli telefon berkenaan selepas melihat iklan di laman sosial Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki dan hasil perbincangan dia bersetuju membeli telefon berkenaan dengan harga RM1,224.
“Selepas itu, mangsa membuat pindahan wang menggunakan perbankan internet ke dalam satu akaun yang diberikan oleh suspek.
“Bagaimanapun selepas membuat pindahan, mangsa menghantar ‘screenshot’ transaksi kepada suspek, namun nombor telefon mangsa sudah disekat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata, seorang suri rumah di Lipis pula kerugian RM2,760 selepas ditipu dalam urusan jual beli emas di Facebook.
Katanya, mangsa berusia 31 tahun pada mulanya berminat untuk membeli barang kemas itu seberat 37.34 gram dengan harga RM6,360 pada September tahun lalu.
“Cara bayaran adalah perlu bayar deposit RM1,200 dan bayaran bulanan RM648 selama lapan bulan. Syaratnya selepas pembayaran dibuat sepenuhnya barulah dia akan menerima gelang emas yang dibeli,” katanya.
Beliau berkata, mangsa sudah membuat empat kali bayaran menjadikan jumlah keseluruhan RM2,760, sebelum menyedari suspek sering menipu orang lain sebelum ini.
“Selepas menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini, semalam.
“Polis sudah mengambil keterangan mangsa dan kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan,” katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...