Mangsa sangka pelanggan mahu beli rokok

WARGA emas yang maut di Kampung Chap Rimau, Tanah Merah hari ini selepas ditetak dipercayai menyangka penjenayah terbabit adalah pelanggan yang datang untuk membeli rokok.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 84 tahun mengalami kecederaan pergelangan tangan kiri dan belakang kepala maut di tempat kejadian.
Mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa tinggal sendirian dan berniaga secara kecil-kecilan di rumahnya.
“Mangsa dikatakan membuka pintu kerana menyangka didatangi pelanggan sebelum diserang suspek.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui kuku kambing yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah,” katanya hari ini.
Menurutnya, polis sedang mengesan suspek untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...