Mirror Online melaporkan, insiden berkenaan berlaku di Valle d’Aosta berdekatan resort ski La Thuile.
Kejadian berkenaan segera dilaporkan ke pasukan penyelamat di Lembah Aosta sebelum pasukan Penyelamat Alpine dan Speleologikal Kebangsaan kemudiannya menghantar anggotanya ke lokasi nahas.
Sebanyak dua mangsa yang cedera merupakan warga Pe­rancis dan Switzerland ketika dua lagi dilaporkan masih hilang.
Menurut laporan media tempatan, enam orang dikatakan menaiki helikopter terbabit manakala tiga lagi berada dalam pesawat pelancong tersebut.
Sementara itu, Perkhidmatan Penyelamat Alpine berkata, Perlindungan Awam membawa juruteknik dan doktor ke tempat kejadian dengan menggunakan helikopter.
Satu pasukan yang memiliki kemahiran memotong besi turut berada di tempat keja­dian ketika dua lagi helikopter juga bersedia untuk dihantar ke kawasan nahas.
Prosedur kecemasan maksimum telah diaktifkan de­ngan tiga bilik pembedahan serta enam unit rawatan rapi disediakan untuk menerima pesakit.