Selamat jalan Moey...



MAYAT mendiang Moey Yun Peng, 20, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX5 yang maut dalam kemalangan di KM 4.0 di Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu sempurna dibakar dan disemadikan di Krematorium Berapit, Bukit Mertajam, jam 11.45 pagi tadi.
Kesemua keluarga dan rakan mendiang tidak dapat menahan kesedihan ketika menyanyikan lagu ‘Bertemu dan berpisah ‘dan menyampaikan ucapan ‘selamat jalan Moey Yun’ ketika hadir memberi penghormatan terakhir mereka di situ.
Mayat mendiang tiba pada jam 11.30 pagi sambil diiringi saudara lelaki dan perempuan mendiang.
Sebelum itu, hampir 200 ahli keluarga dan rakan melakukan upacara keagamaan dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah mangsa di Taman Kempas, Butterworth.
Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad itu, SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Moey, seorang penuntut kolej swasta, terhumban ke laut selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.
Susulan itu, pihak berkuasa mengambil masa lebih 24 jam untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dari dasar laut.
Mayat dan kenderaan mendiang kemudian berjaya dibawa naik dan dikeluarkan jam 6.07 petang kelmarin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...