Ganti setiap 4 tahun



KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menafikan dakwaan gagal menggantikan kasut keselamatan untuk pegawai dan anggotanya sejak tujuh tahun lalu.
Pengarah JBPM negeri Azlimin Mat Noor berkata, semua pegawai dan anggota bomba sudah diarahkan membuat pertukaran kasut keselamatan yang mengalami kerosakan.
Beliau berkata, proses pertukaran kasut keselamatan yang rosak dilakukan secara berperingkat.
“Semakan dilakukan mendapati penggunaan kasut keselamatan oleh pegawai dan anggota bomba di semua balai di negeri ini hanya dalam tempoh tiga dan empat tahun.
“JBPM negeri baru sahaja menyelesaikan pertukaran kasut keselamatan yang rosak dan koyak di peringkat pertama,” katanya ditemui di pejabatnya semalam.
Azlimin mengulas dakwaan ada antara pegawai dan anggota bomba di negeri ini terpaksa memakai kasut keselamatan rosak serta koyak ketika menyertai operasi terutama operasi memadam kebakaran.
Berdasarkan dakwaan yang tular di laman sosial sejak bulan lalu, pegawai dan anggota bomba terpaksa memakai kasut keselamatan koyak dan rosak ketika menyertai pelbagai operasi.
Azlimin tidak menolak kemungkinan dakwaan itu disebarkan pemilik laman sosial susulan pendedahan baju kalis api yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, proses penukaran kasut keselamatan yang rosak dan koyak kini memasuki peringkat kedua.
“Selain untuk pegawai dan anggota bomba bertaraf tetap, JBPM negeri turut membekalkan kasut keselamatan kepada pegawai serta anggota bantuan.
“Dakwaan seperti yang tular di laman sosial mengatakan tiada pengagihan kasut keselamatan baharu sejak tujuh tahun lalu tidak tepat,".




sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...