Dua lelaki ditahan bawa 75kg ketum



TINDAKAN pemandu Proton Saga yang cuba melarikan diri daripada ditahan polis membawa kepada penemuan 75 kilogram (kg) daun ketum di Jalan Haji Abdul Manan, Meru, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, Unit Peronda Polis (MPV) yang melakukan rondaan mengesan kereta itu dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandu kenderaan berhenti, namun tidak diendahkan sebelum ia dipecut laju.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kereta berkenaan akhirnya dapat ditahan pasukan polis di Jalan Lintang Kapar Setia 4, Klang, tidak lama kemudian.
Menurutnya, pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui 15 plastik hitam mengandungi daun hijau dipercayai daun ketum.
“Dua suspek lelaki berusia 25 dan 53 tahun ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua mereka akan direman (esok) dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...