Lelaki Australia parah ditetak



LELAKI warga Australia parah akibat ditetak dengan parang susulan perselisihan faham dalam kejadian berhampiran Kampung Kiwoi di Tamparuli, Tuaran, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, mangsa yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di kampung itu parah akibat ditetak di kedua-dua lengan dan belakang kepala.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30-an menyerang mangsa menggunakan objek tajam dipercayai parang selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
“Pada awalnya, polis menerima aduan daripada orang awam mengenai seorang lelaki warga asing yang ditemui berlumuran darah dan terbaring di tengah jalan.
“Mangsa dikatakan cuba melarikan diri untuk meminta pertolongan apabila dikejar suspek tetapi kawasan itu sunyi dan dikelilingi hutan menyebabkan dia ditetak.
“Bagaimanapun, setakat ini tiada saksi melihat kejadian manakala pemeriksaan mendapati terdapat tompokan darah pertama dan kedua di permukaan jalan sejauh 40 meter,” katanya kepada NSTP.
Dzulbaharin berkata, polis masih menjalankan usaha mengesan suspek dan orang ramai diminta berhati-hati dan segera melaporkan kepada polis sekiranya melihat individu yang mencurigakan.
“Mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan,” katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...