DUA lelaki yang mencuri kereta Proton Iswara merah di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech, Kulim, September tahun lalu akhirnya ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek pertama berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Lobak, Kulim, jam 6.30 pagi.
Menurutnya, susulan penahanan suspek, polis kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun sejam kemudian di Taman Orkid.
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian kereta jam 6.05 petang pada 26 September tahun lalu apabila pemiliknya membuat laporan polis selepas menyedari kenderaannya yang diletakkan di tempat kerjanya hilang.
“Kereta itu turut ditemui semula dan pemeriksaan mendapati nombor enjin sudah diganggu suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek mengaku terbabit dalam kegiatan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan