SEORANG lelaki bernasib baik apabila berada di luar ketika van dipandunya terjunam ke ‘lubuk buaya’ berhampiran Pangkalan Feri Kuala Lawas, Lawas, kelmarin.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, van dipandu lelaki berusia 40-an berkenaan diparkir berhampiran tanjakan feri sebelum van berkenaan tiba-tiba bergerak dan terjunam ke dalam sungai berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Mohd Masri Latif berkata, pihak bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.54 petang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, lelaki terbabit bernasib baik kerana berada di luar van sementara menunggu kehadiran feri berkenaan sebelum van milik syarikatnya bekerja itu terjunam.
“Dua televisyen dan sebuah peti ais di dalam van berkenaan turut dihanyutkan arus sungai,” katanya.
Katanya, pihak bomba berjaya mengesan lokasi van berkenaan tenggelam dan bertindak menaikkan van itu.
“Bagaimanapun, operasi itu dihentikan selepas pihak syarikat meminta van itu dibiarkan disebabkan van lama, selain tiada perlindungan insurans.
Katanya, sungai berkenaan juga dikesan sebagai lubuk buaya dan kehadiran reptilia itu di kawasan sungai itu adalah ‘pemandangan’ biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan