Sultan Johor kurnia £100,000 (RM542,000)


Image result for sultan johor

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi bernilai £100,000 (RM542,000) bagi dana Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor.
Dana itu bertujuan membantu pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dan akan diuruskan menerusi Bantuan Inisiatif Dana Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, Sultan Johor amat prihatin dengan beban kewangan dihadapi pelajar Malaysia di luar negara.
“Disember lalu, ketika berangkat ke London, Baginda (Sultan Ibrahim) berkenan menemui sekumpulan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian mereka di United Kingdom.
“Ini adalah kali kedua Sultan Ibrahim membantu pelajar Malaysia di luar negara menerusi Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor,” titahnya kepada Royal Press Office.
Terdahulu, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Zarith Sofiah Negeri Johor selama hampir sejam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.
Raja Zarith Sofiah bertitah, pemilihan penerima serta jumlah bantuan akan diperhalusi yayasan berkenaan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...